Terpelecok Ketika Live, Warganet Puji Tindakan Uyaina Arshad


Tuesday, February 2, 2021


TIADA siapa yang inginkan kejadian tidak diigini berlaku di hadapan orang ramai.

Tambah lagi, kejadian tersebut ditonton di seluruh pelosok negara.
Begitulah yang terjadi kepada seorang pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad ini.

Bagaimanapun, Uyaina nampak bersahaja dengan tampil memohon maaf setelah kejadian itu berlaku.

Video yang berkapsyen “Sometimes, sh*t happens during live. Kita gelak jelah huhu #terpeleot” telah mendapat hampir 200 ribu tontonan.

Menjengah ruangan komen, pengikut dan rakan artis memuji tindakan Uyaina dengan kembali bersiaran seperti tiada apa terjadi dan beliau turut dikatakan sangat profesional ketika bekerja. - Sinar Harian