Disebalik Kebahagian Seorang Isteri, Ada Seorang Lelaki Yang Digelar Suami 😘😘


Thursday, March 5, 2020

ADVERTISEMENT

Lelaki yang tahu apa tanggungjawabnya, lelaki yang faham apa kewajipannya, lelaki yang tak pernah abaikan nafkah isterinya.

Bagi lelaki lain, memahami isteri itu sukar tapi bagi seorang lelaki yang berjaya membahagiakan isteri, memahami isteri itu mudah.

Isteri tak minta wang ringgit yang banyak, cukup sekadar apa yang ada sahaja, isteri tak mintak selalu dibelai dan dimanja, cukup sekadar diberi perhatian dengan masa yang ada, isteri tak minta ditunaikan semua yang dihajatinya, cukup sekadar diberi apa yang wajib, isteri tak minta dibalas setiap pengorbanannya, cukup sekadar dihargai dengan apa yang telah dilakukannya.

Untuk membahagiakan isteri, lelaki tak perlu menjadi kaya, untuk membahagiakan isteri, lelaki tak perlu sentiasa ada di depan mata, untuk membahagiakan isteri, lelaki tak perlu berusaha sehingga tiada masa untuk diri sendiri.

Permintaan isteri itu sederhana, tuntutan emosi isteri itu biasa, jangan di rumitkan seolah-olah ianya terlalu sukar untuk membahagiakan isteri.

Jadi diri sendiri, berubah ke arah yang lebih baik lagi jika perlu,dan bahagiakan dia ikut kemampuan kita sahaja. Sumbar: Firdaus Shakirin