Video Tular Insiden Cara Kasar Tarik Kereta Di Skudai


Thursday, March 5, 2020

ADVERTISEMENT
Polis telah menerima laporan berkaitan satu insiden pergelutan menarik kereta di Skudai, Johor Bahru, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata dalam kejadian itu, seorang lelaki iaitu pemilik pacuan empat roda Toyota Hilux masuk ke dalam kenderaannya selepas makan bersama isterinya di sebuah restoran berhampiran.

Tiga orang lelaki tiba-tiba meluru untuk menarik kereta berkenaan sebaik lelaki itu menghidupkan enjin berkenaan.

Dalam satu video yang tular di media sosial, pemilik kenderaan itu berpaut pada kereta terbabit kerana cemas barangan peribadinya masih ada di dalam kenderaan itu.

Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru. - Malaysiakini