Pelbagai Cara Untuk Gembirakan Pasangan Kita


Thursday, March 5, 2020

ADVERTISEMENT
Pelbagai cara untuk gembirakan pasangan kita. Banyak juga yang saya dah sentuh dalam penulisan-penulisan saya sebelum ini.

Saya tambah lagi dalam bentuk senarai supaya semua pasangan boleh amalkan.

1. Tanpa merancang, whatsapp pasangan dan beritahu yang kamu teringat padanya.

2. Cium pasangan bila sesuai.

3. Kalau jarang buat, sekali sekala cuba masak untuk si dia. Cuba sebaik mungkin, jangan sambil lewa.

4. Jangan jauhkan pasangan dari keluarga dia dan kawan-kawan dia (kalau kawan itu tiada masalah).

5. Beli minuman atau jajan yang dia suka.

6. Beri sokongan terhadap apa yang disukainya jika tidak memudharatkan.

7. Pakai pakaian yang pasangan anda suka.

8. Sentiasa beritahu yang anda berbangga ada pasangan sepertinya.

9. Tolong caskan telefon dia.

10. Bagitau pasangan yang dia semakin cantik atau semakin kacak.

11. Gosokkan baju pasangan.

12. Jangan ganggu dia bila dia sedang asyik. Tengok movie ke, baca majalah ke, buat kerja ke. Nak tahu senang je, tengok mata dia, kalau tengah terbuka luas tu memang tengah tekun la tu.

13. Bawa pasangan pergi bercuti.

14. Letak telefon ke tepi apabila mendengar apa yang ingin pasangan katakan.

15. Buatkan minuman kegemaran dia di pagi hari. Tak kira la kopi ke, teh ke, jus oren ke.

16. Puji rupa paras pasangan.

17. Cuba urut pasangan bila nampak dia seperti kepenatan atau lenguh-lenguh.

18. Imbas kembali masa bercinta dengan pasangan.

19. Trim misai dan janggut, jangan biarkan serabut.

20. Cukur bulu ketiak jika ada (isteri).

21. Beli bunga secara rawak. Tak perlu tunggu masa si dia merajuk.

22. Usap-usap muka pasangan. Mainkan jari di kening, bibir, pipi dan telinga.

23. Pillow Talk sebelum tidur.

24. Ambil gambar dengan pasangan. Jangan mengelak dan buat muka tak elok masa ambil gambar tu.

25. Belikan alat solek untuk isteri.

26. Ucapkan selamat malam sebelum tidur dan selamat pagi selepas bangun tidur.

27. Peluk pasangan pada masa yang sesuai.

28. Pakai minyak wangi yang pasangan suka.

29. Puji bila dia make up atau pakai pakaian yang cantik / segak.

30. Belikan bantal dan cadar yang selesa untuk tidur. Contohnya bantal dan cadar ANIQMA.

31. Tinggalkan nota comel atau cinta di peti ais atau meja solek atau bawah dompet.

32. Tolong basuh bilik air / dapur.

33. Jangan tidur dengan masalah yang tidak selesai.

34. Bawa pasangan keluar, pergi makan atau window shopping.

35. Ambil tahu keperluan kebersihan badan dan penjagaan diri pasangan. Sabun, syampu, pembersih muka dan lain-lain.

36. Pimpin tangan pasangan bila berjalan.

37. Buat kerja-kerja yang pernah diucapkan perkataan "nanti".

38. Masakkan makanan kegemaran dia.

39. Bagi pasangan buat pilihan nak makan apa dan di mana mana. Kemudian ikut dengan ikhlas.

40. Hantar mesej nakal kepada pasangan di whatsapp.

41. Tanya "you ok ke?"

42. Bantu isteri jaga anak-anak.

43. Bagi ME TIME dan Chill Time kepada pasangan. Hormati masa peribadi dia.

44. Buat lawak sampai pasangan tergelak.

45. Layan sekali cerita yang dia minat walaupun anda tak minat.

46. Selimutkan pasangan apabila terjaga di malam hari.

47. Ajar anak hormati pasangan.

48. Realisasikan keinginan selera makan pasangan.

49. Hidangkan makanan buat suami.

50. Bagi peluang pasangan hiaskan rumah. Layankan selagi mampu.

51. Bawa isteri ke Salon.

Jom kita sama-sama buat. Semoga lebih banyak pasangan bahagia yang terhasil dari penulisan ini.

Kongsi tau, benda baik kena kongsi. Orang yang kongsi dapat, orang yang baca pun dapat. - Akhtar Syamir